fbpx

Tanah runtuh: Tangisan sedih keluarga selepas lihat jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, di Hospital Sungai Buloh, di sini hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON

SUNGAI BULOH – Sebuah keluarga tidak dapat menahan sebak ketika keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini, selepas membuat pengecaman mangsa maut runtuhan tanah Batang Kali, hari ini.

Kelima-lima waris dilihat keluar dengan tangisan sedih pada pukul 11.18 pagi, seminit selepas jenazah salah seorang mangsa dibawa keluar menaiki van Nirvana Care Sdn. Bhd.

Difahamkan, sebanyak 17 jenazah telah dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh di sini, ke tempat pengebumian masing-masing menjadikan baki mayat yang tinggal adalah sebanyak tujuh orang.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seramai 94 mangsa terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, kelmarin.

Daripada jumlah itu, setakat pukul 5.30 petang semalam, seramai 24 orang disahkan maut manakala sembilan lagi masih belum ditemui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI