fbpx

Banjir: Mangsa Terengganu meningkat kepada 219 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Hulu Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 219 daripada 74 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Setiu dan Kemaman menjadi daerah terbaharu dilanda banjir, sebentar tadi.

“Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka Setiu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut dan Balai Raya Kampung Seladang dengan 117 mangsa daripada 46 keluarga.

“Kemaman pula mempunyai 78 mangsa daripada 22 keluarga yang berada di dua PPS,” katanya, di sini, hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, mangsa banjir di Kuala Terengganu pula kurang sedikit kepada 20 orang daripada lima keluarga yang menetap di PPS SK Atas Tol.

Tambah beliau, seramai empat mangsa daripada satu keluarga masih berada di PPS Masjid Kampung Jongok Batu.

“Langkah berjaga-jaga diambil memandangkan hujan masih turun di beberapa kawasan di negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI