fbpx

Mahkamah: Bicara kes gangguan seksual Ebit Lew, 20 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew.

KOTA KINABALU – Prosiding kes perbicaraan gangguan seksual pendakwah terkenal, Ebit Lew, akan disambung semula selama tiga hari bermula 20 Disember ini, di Mahkamah Majistret Tenom.

Terdahulu, perbicaraan yang berlangsung selama empat hari pada 27 hingga 30 September lalu telah menampilkan tiga saksi termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim pada 18 Februari lalu, didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun tahun lalu.

Ebit dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Asyraf Zolhani sebelum ini mengenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan terhadap Ebit yang tidak mengaku salah atas 11 pertuduhan berkenaan.

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI