fbpx

Aktiviti khemah di Suling Hill dihenti serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suling Hill di Seberang Perai.

SEBERANG PERAI – Hanya satu daripada dua lokasi tapak perkhemahan iaitu di Suling Hill, Penanti di Seberang Perai Tengah (SPT) di sini dianggap berisiko dan terletak di kawasan bercerun.

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah mengeluarkan satu notis bagi menghentikan aktiviti di tapak perkhemahan tersebut dengan serta-merta.

Terdahulu, MBSP dalam satu kenyataan berkata, satu pemantauan telah dilakukan bagi mengenal pasti tapak-tapak perkhemahan yang terdapat di seluruh Seberang Perai.

Ini berikutan arahan yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung pemberhentian sementara tapak perkhemahan yang berisiko susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali, Selangor ketika ini.

Difahamkan, satu lagi tapak perkhemahan yang terdapat di Seberang Perai adalah di Kampung Agong, Penaga di Seberang Perai Utara (SPU).

Dalam pada itu, MBSP turut mengingatkan penduduk Seberang Perai supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti riadah di sekitar kawasan yang berisiko berlakunya bencana alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI