fbpx

JPS keluar amaran banjir di tiga negeri bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran berlaku banjir di negeri pantai timur bemula esok hingga Isnin depan berdasarkan simulasi model ramalan banjir.

JPS dalam satu kenyataan berkata, tiga negeri berkenaan melibatkan beberapa daerah di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

“Pahang melibatkan Kampung (Kg) Beralas, Kg Gading, Jeram Bungor dan kawasan sekitar, serta Kg Merting, Kuala Tahan dan kawasan sekitar, Kg Seberang Guai, Jalan Kg Durian,

“Turut terlibat, Kg Bukit Imam Sulong dan kawasan sekitar, serta Kg Besol, Paya Gintong, Kg Batu Kawah, Kg Perian, Kg Jeransang, Kg Tanjung Betung, Kg Rial, Kg Tanah Nyior, Kg Teh, Kg Jerantut Feri dan kawasan sekitar, mulai 8 pagi Isnin ini pada pukul 8 pagi.

Menurut kenyataan itu juga turut menyaksikan kawasan yang diramal bakal terjejas berikutan banjir di Kelantan ialah Kg Kubang Rambutan, Kg Nibong, Kg Jenob, Rantau Panjang pada pukul 7 pagi esok.

“Pada pukul 4 petang pula dijangka berlaku di Sungai Lanas di Air Lanas, Kampung Bendang Guchil dan Kg Rantau Panjang Lubok.

Manakala, bakal berlaku pada Isnin depan di Kelantan melibatkan Kg Kuala Itik, Kg Limau Purut, Kg Kedai Buloh, Kg Keladang, Jeti Kastam, Kg Batu Jong, Kg Hujong, Kg Pasu Tujoh, Kg Kok Majid, Kg Riek, Kg Pasir Panji, Kg Kerilla, Kg Paloh, Kg Hau Kg Pengkalan Piah dan Kg Kuala Gris.

“Turut berlaku pada hari sama ialah Kg Pengkalan Telok, Kg Kubang Bual, Kg Kenor, Taman Sri Guchil, Kg Bukit Chengat, Kg Banggol Kuchil, Kubang Simpul, Kg Chabir, Kg Teluk Renjau, Kg Pulau Seratus dan Kg Lubok Kawah.

“Ia juga melibatkan Kg Tepi Sungai, Kg Lakat, Kg Sireh, Kg Kelar, Kg Sakar dan Air Mulih,” ujarnya.

Tambahnya, turut dijangka berlaku esok di Terengganu Kg Pinang, Bukit Puteri, Kg Bekok, Kg Che Mohit, Kg Kubang Payu, Jambatan Keruak, Kg Cegar Kubur dan Kg Cawangan.

“Bakal terjejas berikutan banjir juga di Kg Menerong, PPSK Gunung Menerong, Kg Pengkalan Ajal, Kg Pasir Pelata, Kg Tanjung Putat, Kg Lebak, Kg Pasir Simpul, Kg Tengkawang, Kg Kepah, Kg Baung, Kg Banggol Setar dan Kg Pengkalan Merbau.

“Turut dijangka, di Kg Shukor, Kg Tasik, Kg Dendang, Felda Jerangau, Kg Tepus, Kg Serdang dan KG Padang Pulut,” katanya.

Sementara itu, dijangka berlaku pada Isnin depan di Terengganu adalah Kg Permaisuri, Kg Besut, Kg Bukit Pepari, Felda Cherul, Kg Binjai, Kg Cheneh, Kg Pasir Gajah, Kg Nail, Kg Katuk dan Kg Kuala Guntung,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI