fbpx

Khidmat percuma saringan individu gejala Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mariah (tiga dari kiri) menyerahkan Kit Pembasmi Covid-19 kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) JKNS, Robert Wong Kim Han di Taska Frontliners JKNS, Seksyen 9, Shah Alam, hari ini.-Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan memberi perkhidmatan percuma kepada individu bergejala Covid-19 yang mahu menjalankan ujian saringan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, khidmat khas itu diuruskan sepenuhnya oleh semua klinik Selcare sedia ada di setiap daerah.

“Ujian saringan secara percuma itu disediakan bagi individu yang mempunyai simptom awal Covid-19 termasuk sakit tekak dan batuk.

“Kita memahami kebimbangan rakyat dan pengumuman rasmi pelaksanaannya akan dibuat selepas menerima kit ujian nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Pembekalan Kit Pembasmi Covid-19 dan Inisatif Penjagaan Anak Frontliners (iPAF) di Taska Frontliners Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, tindakan kerajaan negeri itu adalah sebagai usaha mengekang penularan pandemik Covid-19 yang meningkat dua kali ganda iaitu sebanyak 150 kes semalam berbanding 68 kes kelmarin.

Dalam perkembangan sama, Mariah menegaskan ujian saringan bersasar sedang dipergiatkan di beberapa lokasi termsuk Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (LTSAAS),  Subang.

“Langkah itu bagi mengesan individu yang bukan saja kontak rapat malah meliputi lapisan individu berikutnya yang mungkin dijangkiti.

“Ujian saringan itu adalah fokus utama kita dan masih giat dijalankan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ketika ini,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI