fbpx

Penyakit misteri serang pemain Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pemain Perancis dihantui dengan penyakit misteri sebelum perlawanan akhir menentang Argentina pada Ahad ini. - AFP

DOHA, Qatar – Beberapa pemain skuad bola sepak Piala Dunia Perancis yang akan berdepan Argentina dalam perlawanan akhir di Qatar esok dikatakan menghidap penyakit misteri, lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Raphael Varane dan Ibrahima Konate adalah pemain terbaharu dilanda penyakit misteri itu dan menyebabkan skuad tersebut berdepan krisis di bahagian pertahanan bagi mengekang serangan pasukan Argentina. 

Sebelum ini, pemain tengah kelab Juventus, Adrien Rabiot dan pertahanan Bayern Munich, Dayot Upamecano terlepas untuk bermain dalam perlawanan peringkat separuh akhir antara Perancis dengan Maghribi, manakala Kingsley Coman turut mengadu demam panas. 

Pemain pertahanan kelab Manchester United, Varane dan Konate yang merupakan pemain tengah Liverpool, turut bermain menentang Maghribi pada Rabu lepas tetapi mereka kini diragui boleh diturunkan pada perlawanan akhir itu.

Seorang bintang Perancis, Randal Kolo Muani menambah: “Semua pemain berhati-hati. Doktor-doktor telah menyediakan sistem kebersihan untuk mengelakkan penyebaran virus.”

Pemain sayap skuad itu, Ousmane Dembele berkata: “Tidak, kami tidak takut dengan virus ini. Dayot dan Adrien mengalami sakit kepala dan perut tetapi mempunyai teh, halia dan madu yang membantu mereka dan diharapkan semua orang akan cergas sepenuhnya.

Para pegawai skuad bola sepak Perancis percaya virus itu mungkin berpunca daripada penghawa dingin di hotel penginapan dan kemudahan lain di Qatar. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI