fbpx

Maghribi jadi inspirasi Malaysian Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STATUS underdog yang digalas skuad negara pada Piala Dunia nanti tidak memudarkan semangat pemain untuk memberikan aksi terbaik.

TONGGAK pertahanan skuad hoki negara, Muhammad ­Naj­mi­ Farizal Jazlan yakin mereka mampu memberikan kejutan istimewa kepada pencabar-pencabar di pentas Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India bulan depan.

Najmi yang diberikan tanggungjawab memakai lilitan kap­ten pada dua kejohanan terakhir, mengambil inspirasi daripada kejayaan Maghribi muncul empat negara terbaik di Piala Dunia Qatar 2022.

Menurutnya, Malaysian Tigers yang berada di ranking ke-11 dunia, mempunyai pemain-­pemain berpotensi untuk melakukannya seperti pakar flick berkelas dunia, Muhammad Razie Abdul Rahim.

“Malaysia boleh dikatakan underdog di Piala Dunia, tetapi kami akan bagi satu kejutan nanti.­ Lihat Maghribi, mereka ada semangat berpasukan yang kuat, pandai main dan tak takut lawan negara-negara besar.

“Kami pun ada pemain-­pemain yang berkebolehan tinggi. Kami boleh buat, tetapi perlukan semangat, galakan yang bagus, kata-kata positif dan doa daripada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Jika dapat mengikut jejak langkah Maghribi, Malaysian Tigers akan mengulangi penca­paian terbaik di pentas Piala Dunia iaitu meraih tempat keempat sewaktu edisi 1975 di laman sendiri.

Keyakinan skuad negara kini melonjak tinggi selepas kapten, Muhammad Marhan Mohd. Jalil dan penyerang prolifik, Muhammad Shahril Saabah kembali bersama pasukan dalam sesi latihan utama.

Dua tonggak utama itu meng­alami kecederaan sewaktu siri Jelajah Belgium yang menyebabkan mereka terlepas merasai kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah dan aksi di Piala Negara-Negara FIH di Afrika Selatan baru-baru ini.

Skuad bimbingan Arul Selvaraj akan berlepas ke India pada 6 Ja­nuari ini bagi menghadapi aksi pemanas badan sebelum menentang Belanda (14 Januari), Chile (16 Ja­nuari) dan New Zealand (19 Januari) dalam saingan Kumpulan C.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI