fbpx

Banjir: Terengganu bersiap sedia hadapi gelombang kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SETIU – Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir gelombang kedua berikutan cuaca tidak menentu ketika ini.

Pengerusinya, Tengku Datuk Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, semua agensi berkaitan diarah memantau lokasi berisiko terutama kawasan rendah dan muara sungai di seluruh negeri.

Beliau berkata, setakat ini hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di daerah Kuala Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol yang menempatkan 23 orang mangsa.

“Situasi banjir buat masa ini terkawal namun Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di seluruh negeri ini sehingga 20 Disember ini (Selasa).

“Selain itu, kami juga mengambil maklum ramalan angin kencang kategori tiga sehingga 60 kilometer sejam serta laut bergelora dengan ombak mencecah 4.5 meter sehingga 22 Disember (khamis),” katanya merasmi merasmikan kejohanan Berbasikal Monsun Golden Antarabangsa di Lembah Bidong di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tengku Farok Hussin telah mengarahkan semua agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia dengan aset masing-masing,”

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, pengoperasian Empangan Sultan Mahmud di Kenyir. Hulu Terengganu berjalan seperti biasa pada monsun Timur Laut ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI