fbpx

Pengguna aplikasi myTNB meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pengguna portal dan aplikasi milik syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), myTNB mencatatkan peningkatan sebanyak 103 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan.

Ketua Pegawai Retail TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, melalui jumlah itu, lebih 4.6 juta akaun pelanggan juga didaftarkan sehingga 13 Oktober 2020.

“Jumlah akaun pendaftaran myTNB itu mencatatkan peningkatan memberangsangkan sejak PKP mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

“Kemudahan untuk melakukan urusan pembayaran melalui portal dan aplikasi myTNB amat berguna ketika ini apabila beberapa negeri di Semenanjung berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya di sini hari ini.

Katanya, dengan kewujudan aplikasi tersebut pelanggan tidak perlu bersusah-payah keluar dan beratur di kaunter atau kios untuk membayar bil elektrik mereka, lebih-lebih lagi sewaktu penularan semula wabak Covid-19.

Sementara itu katanya, aplikasi myTNB sudah melalui pelbagai penambahbaikan dan pelanggan kini boleh memilih bahasa pengantaraan iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

“Aplikasi myTNB boleh dimuat turun di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery manakala portal myTNB boleh dilayari di www.mytnb.com.my.

“Lebih 600,000 pengguna Meter Pintar di Lembah Klang dan Melaka juga boleh memantau penggunaan elektrik secara harian melalui portal atau aplikasi myTNB, seterusnya memberi kuasa kepada pelanggan untuk mengurus penggunaan elektrik terutamanya ketika berada di rumah bagi mematuhi arahan PKPB,” ujarnya.

Dalam pada itu, Megat berkata, pelanggan yang membayar bil elektrik menerusi aplikasi myTNB antara 12 Oktober sehingga 9 Disember 2020 turut boleh merebut berpeluang memenangi telefon pintar Huawei P40 Pro. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI