fbpx

Netizen masih pertikai saiz badan Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUDAH beberapa kali bentuk badan Uyaina Arshad ditegur netizen kerana dilihat berisi selepas melahirkan anak.

NAMPAKNYA isu mengenai saiz badan Uyaina Arshad masih menjadi bahan pertikaian ramai sehingga hari ini.

Masakan tidak, Uyaina dalam beberapa video TikTok gigih menjelaskan bahawa tidak mudah baginya untuk mendapatkan semula saiz badan sebelum dia bersalin.

“Ya, badan saya naik selepas bersalin. Sedang berusaha untuk kurus semula. Sangat sukar ya.

“Dahulu pakai saiz XXS tetapi sekarang M, takkan nak potong usus. Lagi stres nak kurus, lagi gemuk jadinya,” jelasnya.

Alahai kasihan Uyaina yang asyik menjadi mangsa ‘body shaming’ netizen.

Lebih teruk, ada pula netizen pertikai adakah benar dia pernah mencapai saiz XXS dan disebabkan itu, Uyaina muat naik pula beberapa keping foto sebagai bukti.

Bagi Diva, tak perlulah dilayan sangat golongan yang suka mencari masalah.

Abaikan dan teruskan sahaja hidup seperti biasa bersama suami dan anak tersayang. Buang masa dan tenaga saja layan manusia toksik sebegitu.

DIVA: Kurus atau gemuk, jika akhlak teruk, memang tidak guna juga. Faham?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI