fbpx

Pasangan Britain kayuh basikal keliling dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASSEY dan isterinya, Massey-Pugh tiba di Australia pada September lalu selepas berbasikal sejauh 14,500 km. –Massey-Pugh

LONDON – Sepasang suami isteri warga Britain mengelilingi dunia dengan mengayuh basikal sejauh 28,968 kilometer (km) dan melintasi  21 negara, lapor agensi berita United press International (UPI), kelmarin.

Laura Massey-Pugh dan suaminya, Stevie Massey tiba di ibu kota Jerman, Berlin pada 1 Disember lalu. Berlin merupakan  bandar di mana mereka memulakan percubaan untuk memecahkan Guinness World Records.

Pasangan yang menunggang basikal dua tempat duduk sepanjang perjalanan itu berkata, mereka mendapat inspirasi selepas membaca tentang warga Britain, Cat Dixon dan Raz Marsden yang memecah rekod serupa untuk kategori wanita dengan catatan masa 263 hari, 8 jam dan 7 minit.

Mereka turut mendapati bahawa rekod dunia untuk kategori pasukan lelaki ialah 281 hari, 22 jam dan 20 minit.

Guinness World Records turut menyenaraikan kategori campuran tetapi tiada pemegang rekod kategori itu sehingga kini.

Massey-Pugh berkata, dia dan suaminya pasti boleh mengatasi kategori dua jantina itu, jadi mereka menyelidik peraturan organisasi penyimpan rekod dunia tersebut.

Antara peraturan rekod Guinness  termasuk melakukan perjalanan sejauh sekurang-kurangnya 28,968 km  dalam satu arah, melalui dua antipode (sebelah bumi yang berlawanan dengan tempat bermula) dan menamatkan perjalanan di tempat sama seseorang itu bermula.

“Ia adalah kelegaan yang besar. Akhirnya kami dapat berhenti mengayuh dan bertemu rakan-rakan dan keluarga tersayang selepas tidak bersemuka selama enam bulan,” kata Massey-Pugh kepada stesen penyiaran CNN. 

– Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI