fbpx

Jokowi dapat rumah selepas bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan tapak rumah Presiden Indonesia, Joko Widodo di Colomadu, Jawa Tengah. - Foto detikjateng

JAKARTA – Presiden  Joko Widodo (Jokowi) akan mendapat sebuah rumah pemberian kerajaan Indonesia selepas beliau bersara dengan lokasinya terletak di Colomadu, Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah, lapor portal berita Kompas.com semalam.

Menurut Ketua Daerah Karanganyar, Juliyatmono, lokasi Colomadu sesuai untuk didirikan rumah kerana ia berada dekat dengan lapangan terbang dan mempunyai lebuh raya bertol serta perkhidmatan kereta api.

“Ya sangat-sangat representatif kerana aksesnya sangat mudah untuk menuju ke lapangan terbang, kereta api juga dekat, jalan (lebuh raya) tol apalagi tol Jogjakarta, Solo, Semarang, Karanganyar (dan) jalan (lebuh raya) bertol Surabaya sampai Jakarta,” kata Juliyatmono.

Dalam pada itu, Ketua Pentadbiran Kerajaan di Colomadu, Sriyono Budi Santoso mengesahkan bahawa Jokowi akan tinggal di daerah Colomadu iaitu di Jalan Adi Sucipto, lapor CNN Indonesia.

Menurutnya, harga tanah di pinggiran Jalan Adi Sucipto itu adalah kira-kira 6 juta rupiah (RM1,701) hingga 10 juta rupiah (RM2,836) setiap meter persegi dengan luas kawasannya ialah 2,000 sehingga 3,000 meter persegi.

Jokowi akan berundur sebagai Presiden Indonesia pada tahun 2024 selepas memegang jawatan itu selama dua penggal iaitu mulai 2014 dan pemberian rumah tersebut termaktub di bawah undang-undang d negara berkenaan. – Agensi

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI