fbpx

Tanah runtuh: Enam mangsa maut dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trak polis yang membawa lima lagi mayat mangsa di Hospital Sungai Buloh, sekitar pukul 8 malam tadi. - Foto AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyenaraikan enam mangsa yang telah dikenal pasti susulan tragedi tanah runtuh di Jalan Genting Highland – Batang Kali, Hulu Selangor semalam.

Enam daripada 23 mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cetakan cap jari manakala proses bedah siasat yang lain masih dijalankan.

Berdasarkan Laporan Petugas Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikeluarkan pada pukul 11 pagi tadi, berikut adalah senarai mangsa meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh yang telah dikenal pasti:

Meninggal dunia:

Lim Wei Xin (Dewasa)
Hong Mei Jing (Dewasa)
Nurul Azmani (Dewasa)
Lai Lee Yin (Dewasa)
Tong Kai (Kanak-kanak 9 tahun)
Lai Lee Koo (Dewasa )

Senarai nama mangsa dirawat:

Yam Lee Yen, 41. (Hospital Selayang)
Ng Wei Lun, 13. (Hospital Kuala Kubu Bharu – Dibenarkan pulang (16 Disember 2022)
Mg Tan, 34. (Hospital Kuala Kubu Bharu – Dibenarkan pulang (16 Disember 2022)
Sandy Cheah, 32. (Hospital Kuala Kubu Bharu – Dibenarkan pulang (16 Disember 2022)
Tan Ei An, 43. (Hospital Selayang – Masih di wad)
Choo Wai Lun, 34. (Hospital Selayang- Masih di wad)
Ling Zhi Zhuan, 19. (Hospital Kuala Lumpur- Masih di wad)
Loh Teng Shui, 44. (Hospital Selayang – Masih di wad)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI