fbpx

160 orang terkorban akibat banjir di Kinshasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUJAN lebat menyebabkan banjir kilat dan bencana tanah runtuh di ibu negara DRC, Kinshasa pada 13 Disember lalu. -- KERAJAAN DRC

KINSHASA – Lebih 160 orang terkorban dalam banjir paling buruk  melanda ibu kota Republik Demokratik Congo (DRC) sejak bertahun-tahun, kata beberapa pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  yang memetik sumber pihak berkuasa kelmarin.

Selepas hujan turun semalaman pada Selasa lalu, jalan-jalan utama di pusat banda Kinshasa ditenggelami air selama berjam-jam, manakala laluan bekalan utama menuju ke pelabuhan Matadi runtuh. 

Bandar Kinshasa mempunyai sekitar 15 juta penduduk.

“Setakat 16 Disember 2022, pihak berkuasa Congo melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 169 orang meninggal dunia, kira-kira 30 orang cedera dan menerima rawatan di beberapa buah hospital di seluruh bandar raya ini, manakala sekurang-kurangnya 280 buah rumah musnah,” kata Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Manusia PBB (OCHA).

Daerah Mont-Ngalufa dan Ngaliema di Kinshasa adalah yang paling teruk dilanda hujan, demikian menurut OCHA, dengan kira-kira 38,000 orang terjejas.

Tempoh berkabung tiga hari bermula Rabu lalu.

Terletak di tebing Sungai Congo, Kinshasa menyaksikan kemasukan populasi yang besar sejak beberapa tahun lalu.

Banyak kediaman terdiri daripada rumah setinggan yang dibina di kawasan cenderung dilanda banjir, manakala Kinshasa mengalami masalah kekurangan parit dan sistem saliran. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI