fbpx

Perubahan iklim pacu penularan wabak taun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita membawa anaknya yang mengalami simptom kolera ke sebuah klinik sukarelawan di Port-au-Prince, Haiti pda 7 Oktober lalu. -- AFP

GENEVA, Switzerland – Perubahan iklim menjadi katalis kepada peningkatan mendadak penyakit taun di seluruh dunia, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin yang memberi amaran bahawa situasi kini lebih sukar ekoran kekurangan vaksin dan akan menjadi lebih buruk melainkan wabak tersebut dapat dihapuskan dalam masa terdekat.

WHO bertindak balas kepada wabak taun atau kolera di 29 negara termasuk Haiti. Negara itu merekodkan lebih 1,200 kes disahkan, lebih 14,000 kes disyaki dan lebih 280 kematian yang dilaporkan.

Pada minggu ini, Haiti menerima hampir 1.2 juta vaksin kolera.

Bagaimanapun, WHO berkata, stok vaksin kini sangat berkurang, manakala pengilang-pengilang tidak berminat untuk mengeluarkan vaksin bagi tujuan diedarkan ke negara-negara paling miskin di dunia.

“Sekiranya kita tidak mengawal wabak ini sekarang, situasi akan menjadi lebih buruk,” kata ketua pasukan menangani kolera WHO, Philippe Barboza kepada pemberita di Geneva.

Menurutnya, kadar kematian di kebanyakan negara dilanda wabak itu amat tinggi yang mana data mengenainya diperoleh WHO.

Kolera berjangkit daripada sejenis bakteria yang biasanya merebak menerusi makanan atau air tercemar.

Penyakit itu menyebabkan cirit-birit dan muntah serta berbahaya terutamanya kepada anak kecil.

“Faktor yang mendorong penyakit kolera masih sama iaitu kemiskinan dan penduduk tiada akses kepada air bersih,” kata Barboza.

Semua itu diburukkan lagi oleh konflik, krisis kemanusiaan dan bencana alam yang turut mengehadkan akses kepada air minuman. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI