fbpx

Tanah runtuh : tapak perkhemahan ibarat ‘roti direndam air’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Hulu Selangor. - Foto MUHAMAD IQBAL

HULU SELANGOR- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pada hari ini dilaksanakan secara berhati-hati ekoran masih wujud aliran air bawah tanah tapak perkemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland, di sini.

Lokasi mengesan baki 12 mangsa diibarat ‘roti direndam dalam air’ menjadikan usaha membuatkan kesemua anggota yang terlibat perlu berhati-hati dalam misi pencarian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pasukan SAR terpaksa menghentikan misi serta-merta sekiranya hujan demi keselamatan pelbagai pihak.

Jelasnya, sehingga kini tiada berlaku pergerakan dan pemantauan sentiasa dilakukan membabitkan Jabatan Mineral dan Galian (JMG) bagi memastikan keadaan itu tidak berlaku.

“Kita berhati-hati kerana aliran air menyebabkan kerja (SAR) terganggu dan tanah berselut dan aliran air masih berlaku.

“Kita berdepan cabaran untuk jejaki kedudukan sebenar mangsa, jadi kita buat anggaran ikut kedudukan perkhemahan dan pertemuan mangsa lain sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam pada itu, Norazam memaklumkan, misi SAR hari kedua diteruskan dengan melakukan pencarian membabitkan sektor B dan C yang merangkumi kawasan tanah perkhemahan.

Sehubungan itu, menurut Norazam, proses menjejaki baki 12 mangsa telah melibatkan kerjasama 135 petugas pelbagai agensi dan dibantu tujuh anjing pengesan serta jentera.

“Kita gunakan dua unit jentolak ekoran ketebalan tanah antara 10 hingga 15 kaki persegi, diikuti anjing pengesan membantu pencarian mangsa sama ada dalam air atau tanah,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI