fbpx

Remaja hilang, lari masuk hutan dijumpai selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai membawa mangsa yang ditemui selamat selepas empat hari hilang di dalam hutan di Kampung Temalir, Kuala Krai hari ini. FOTO IHSAN APM

KUALA KRAI – Seorang remaja ditemui dalam keadaan selamat hari ini selepas empat hari hilang apabila melarikan diri ke dalam hutan di Kampung Temalir di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, mangsa, Norhisham Saifudin,18, dijumpai kira-kira pukul 10 pagi tadi pada jarak 200 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Menurutnya, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

“Seramai tujuh anggota termasuk pegawai BBP Kuala Krai bersama sebuah jentera dan sebuah trak pikap terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula sejak Rabu lalu.

“Operasi SAR berkenaan turut dijalankan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain dibantu oleh unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang remaja yang dipercayai berada dalam keadaan berhalusinasi hilang semasa keluar ke sebuah kedai bersama rakannya di Kampung Temalir di sini petang, Selasa lalu.

Norhisham dipercayai melarikan diri masuk ke kawasan hutan selepas melihat sebuah kereta yang dipandu bapa saudaranya di kedai tersebut kira-kira pukul 4.30 petang.

Ibu saudaranya, Mas Anizan Mat Ghani, 29, berkata, Norhisham mengalami halusinasi sehingga meracau-racau semasa dia bercuti di Kuala Lumpur selama tiga hari sebelum suaminya membawa remaja tersebut pulang ke kampung pada Khamis minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI