fbpx

Tanah runtuh : Peluang 12 baki mangsa selamat amat tipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazam Khamis (tengah) ketika sidang akhbar sebentar tadi

HULU SELANGOR – Berdasarkan faktor timbusan tanah yang tebal dan operasi menyelamat memasuki hari kedua, peluang untuk 12 baki mangsa ditemukan dalam keadaan bernyawa adalah sangat tipis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, faktor-faktor tersebut diperolehi berdasarkan pemerhatiannya di lokasi kejadian.

“Peluang (ditemukan bernyawa) itu sangat tipis disebabkan sudah memasuki hari kedua operasi dilakukan dan juga mangsa yang berada di bawah timbunan tanah dan pastinya badan dibebankan dengan berat tanah.

“Bukan itu sahaja, kekurangan oksigen dan keadaan tanah yang mendap di lokasi juga faktor yang penting,” katanya ketika ditemui pemberita.

Menurut Norazam, tidak dinafikan mangsa mampu terselamat jika terdapat ruang untuknya mendapat oksigen kerana runtuhan tanah itu turut membawa pokok dan batu-baruan besar.

“Peluang selamat itu ada jika timbunan tanah yang ikuti pokok dan batu batuan besar telah memberikan mereka sedikit ruang dan oksigen.

“Namun kejadian tersebut berlaku adalah sangat sukar mengikut hasil mayat ya g dibawa keluar di lokasi,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI