fbpx

Banjir: Mangsa di Terengganu tinggal 20 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang nelayan masih menjala ikan dalam keadaan pantai bergelora di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu semakin pulih dengan hanya 20 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol satu-satunya PPS yang masih beroperasi di negeri ini.

“Bilangan mangsa di PPS menurun sedikit daripada 37 orang semalam kepada 20 orang pada pagi ini.

“Mangsa daripada lima keluarga tersebut masih ditempatkan di PPS berkenaan kerana banjir masih belum surut di kediaman masing-masing,” katanya di sini semalam.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, langkah berjaga-jaga tetap diambil kerana hujan renyai kembali turun di sebahagian kawasan di negeri ini sejak malam tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI