fbpx

[VIDEO] Budak perempuan 12 tahun hampir lemas di Pantai Penunjuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang hampir lemas ditenangkan ahli keluarga di Pantai Penunjuk, Kijal, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun hampir lemas ketika mandi bersama ahli keluarganya di
Pantai Penunjuk, Kijal di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, murid tahun enam sebuah sekolah di daerah ini tersebut bernasib baik sempat diselamatkan ahli keluarga dan pengunjung lain.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kijal, Sabari Taib berkata, mangsa bersama ahli keluarganya yang berasal dari Bandar Seri Bandi di sini berkelah di pantai peranginan tersebut.

“Mangsa kemudiannya mandi bersama sebahagian ahli keluarganya sebelum dia dipukul ombak besar dan dihanyutkan ke tengah laut.

“Insiden itu segera disedari ahli keluarga dan beberapa pengunjung lain yang melihat dia melambai-lambai tangannya untuk meminta pertolongan,” katanya di sini hari ini.

Sabari berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian lemas tersebut pada pukul 5.44 petang.

Tambah beliau, kanak-kanak perempuan itu kemudiannya dikejarkan ke Unit Kecemasan Kemaman di sini untuk rawatan lanjut.

Seramai tiga korban aktiviti air termasuk terbaharu melibatkan seorang budak tiga tahun di Kampung Kebor Besar, Manir, Kuala Terengganu pada Isnin lalu telah direkodkan di Terengganu sepanjang musim tengkujuh ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI