HULU SELANGOR – Suasana tenang di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali, Kuala Kubu Bharu Selangor, di sini semalam, bertukar huru-hara dan cemas selepas digegarkan dengan bunyi dentuman seperti kilat berselang seli dengan runtuhan pokok dan batu-batu besar. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi berkenaan, tidur nyenyak dalam kedinginan malam lebih 100 pengunjung di tapak berkenaan dikejutkan dengan jeritan meminta tolong selain tangisan mangsa yang kesakitan. Keadaan menjadi lebih mendebarkan apabila terdapat pengunjung yang tertimbus hampir separuh badan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya