PETALING JAYA – Fellera Beauty Malaysia Sdn. Bhd. (Fellera Beauty) pengeluar produk penjagaan kesihatan, menjangkakan jualan produknya pada tahun depan bakal meningkat ekoran testimoni daripada pelanggan sedia adanya mampu menarik minat masyarakat untuk mencubanya.
Pengasas produk, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin berkata, produk popularnya yang berasaskan jeli, Bellrossa Advances kini menjadi pilihan ramai wanita kerana ia membantu meningkatkan tahap kualiti kesihatan golongan hawa itu.
Menurut beliau, sambutan menggalakkan itu telah membakar semangatnya untuk terus memperkasa golongan wanita dalam kehidupan seharian selepas memanfaatkan suplimen tersebut.
“Produk jeli itu mampu menyuntik senyuman dalam kalangan ramai wanita dari berusia muda hingga ke usia emas.
“Semoga produk jeli yang ditawarkan dalam bentuk stik berasaskan vitamin, ekstrak buah-buahan dengan 30 peratus campuran jamu ini terus menjadi pelengkap kaum Hawa.
“Ia dapat membantu menyelesaikan masalah utama golongan wanita khususnya berkaitan dengan haid, senggugut, fibroid, hubungan kelamin dan juga komplikasi kulit.
“Jeli ini juga tinggi kandungan antioksida untuk ketahanan diri membantu daripada serangan virus.,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Selain itu, Syarifah Khyra menjelaskan, syarikat bakal menawarkan jualan hujung tahun bermula 20 Disember hingga 27 Disember ini dengan potongan harga sehingga 15 peratus.
“Ini adalah masanya untuk membeli jeli ajaib ini dengan harga istimewa. Yang sudah menggunakannya sebelum ini, boleh beli lagi buat stok.
“Yang belum pernah mencuba pun, inilah masa untuk merasai faedah dan keberkesanannya,” kata beliau. -KOSMO! ONLINE