fbpx

Putera Harry, isteri didesak tidak pakai gelaran diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hubungan antara Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle dengan istana Britain retak sejak beberapa tahun lalu. - AFP

LONDON – Anakanda kedua pemerintah Britain, Raja Charles III, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle menerima desakan terbaharu agar gelaran diraja mereka dilucutkan, lapor portal berita Daily Star semalam.

Wawancara terakhir tentang kehidupan mereka yang kini memakai gelaran diraja Duke dan Duchess of Sussex, disiarkan di saluran Netflix pada 15 Disember lalu.

Namun, dengan permusuhan yang jelas antara Sussex dan pihak istana Britain, pasangan tersebut kini berdepan desakan terbaharu untuk menggugurkan gelaran diraja mereka.

Seorang peminat mereka menulis di Twitter: “Sangat muak dengan program (Putera) Harry dan Meghan (Markle). Kasihanilah mereka. Tetapi mereka telah bersuara, kini tiba masanya untuk diam dan diam. Masa untuk merampas gelaran diraja mereka?”

Peminat lain menuduh pasangan tersebut menggunakan gelaran diraja untuk keuntungan mereka sendiri walaupun mereka mengkritik institusi yang telah memberikan kedua-duanya ‘label’ berprestij itu.

“Mengapakah anda berkeras untuk mengekalkan gelaran (diraja) dan menggunakannya untuk (mendapatkan) keuntungan?” demikian menurut ciapan seorang pengguna Twitter yang lain.

Sementara itu, netizen ketiga pula menulis: “Meghan Markle dan Harry mahu menjadi raja dengan elaun diraja tanpa sebarang tugas diraja. Mengeksploitasikan gelaran mereka untuk mendapat keuntungan secara peribadi dan bukan mempromosikan UK (United Kingdom). Pengkhianat.”

Bagaimanapun, bintang televisyen Made on Chelsea, Lucy Watson memberi sokongan kepada Duke dan Duchess itu menerusi Twitter dengan menulis: “Saya sangat suka Harry & Meghan dan semua yang mereka perjuangkan. Puteri Diana (ibu Putera Harry) akan berbangga dengan mereka kerana mempertahankan apa yang mereka percayai.

Hubungan antara kedua-dua pasangan diraja itu dengan istana Britain renggang sejak sebelum kemangkatan nenek Putera Harry, Ratu Elizabeth II dan selepas mereka berkahwin pada tahun 2018. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI