fbpx

Puteri Thailand diserang sakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 12 Disember 2019 menunjukkan Puteri Bajrakitiyabha (kiri) dan Puteri Sirivannasari duduk semasa perarakan diraja di Bangkok. -- AFP

BANGKOK – Puteri sulung Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit jantung petang Rabu lalu, kata pihak istana seperti dilaporkan Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Puteri Bajrakitiyabha, 44, rebah ketika melatih anjing peliharaannya di timur laut Bangkok, kata pihak istana.

Beliau  kemudian dibawa ke hospital berdekatan, sebelum menaiki helikopter ke Bangkok untuk rawatan lanjut.

Pihak istana menyifatkan keadaan beliau  malam kelmarin sebagai ‘stabil pada tahap tertentu’.

Buletin perubatan daripada  istana Thailand lazimnya samar-samar  dan daripada satu kenyataan yang dikeluarkan mengenai Puteri Bajrakitiyabha, adalah sukar untuk menentukan keadaannya, kata Jonathan Head dari BBC di Bangkok.

Kenyataan sama tidak menjelaskan status terkini kesihatan puteri berkenaan. Bagaimanapun, beberapa laporan membayangkan bahawa ia jauh lebih serius berbanding yang dinyatakan.

Puteri Bajrakitiyabha merupakan anakanda sulung Raja Vajiralongkorn bersama isteri pertamanya, Puteri Soamsawali. 

Baginda adalah antara monarki yang paling berjaya dalam kalangan keluarga diraja kerana memiliki ijazah lepasan siswazah jurusan undang-undang dari dua universiti di Amerika Syarikat.

Raja Vajiralongkorn belum lagi menamakan pewaris takhta, tetapi Puteri Bajrakitiyabha dilihat secara meluas sebagai pengganti yang paling sesuai.

Sebagai salah seorang daripada tiga anak raja yang mempunyai gelaran rasmi, beliau layak untuk menaiki takhta di bawah Undang-undang Penggantian Istana 1924. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI