fbpx

9 negeri berdepan cuaca buruk hingga lewat petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan sembilan negeri sehingga pukul 7 malam hari ini.

MetMalaysia dalam laporan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Kampar dan Batang Padang).

Selain itu, di Pantai Timur, turut terkesan adalah Gua Musang, Kelantan serta beberapa daerah di Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Bagi negeri Selangor pula, hujan lebat serta ribut petir dilihat berpotensi tinggi melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang serta keseluruhan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Cuaca buruk sama juga berlaku sekitar Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Jempol) dan tiga daerah di Johor iaitu Segamat, Kluang dan Mersing,” katanya hari ini.

Sementara itu, amaran ribut petir turut merangkumi Sarawak melibatkan kawasan Miri (Miri dan Marudi) serta di negeri Sabah melibatkan daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI