fbpx

Mahathir hantar surat mohon usul undi tidak percaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usul undi tak percaya dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun melalui satu notis semalam.

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang Parlimen akan datang.

Mahathir dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini memuat naik salinan surat bertarikh 15 Oktober 2020 yang dipercayai dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berhubung perkara itu.

“Saya usulkan sekali lagi,” tulis Mahathir dalam akaun Facebook tersebut.

Surat itu antara lain menyatakan usul permohonan meminta izin majlis membawa satu usul dan mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai kelayakan majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat.

Menurut surat itu, usul berkenaan dibawah Peraturan Mesyuarat 26 (1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27 (3) dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI