fbpx

KDN sedia perjelas pelaksanaan SOSMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar (kanan) menunjukkan tanda bagus selepas menandatangani plak di Festival Lenggong Geopark di Laman Budaya Lenggong hari ini.- Foto WAT KAMAL ABAS

LENGGONG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mengadakan perbincangan dalam memperjelaskan kepada semua pihak berhubung pelaksanaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah itu bertujuan bagi membolehkan maklumat lebih tepat dapat disampaikan agar tidak berlaku kekeliruan.

“Peruntukan undang-undang itu dijangka akan dilaksanakan tahun hadapan. Ia perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya selepas merasmikan Festival Lenggong Geopark #1 Tahun 2022 di Laman Budaya Lenggong di sini hari ini.

Menurutnya, beliau berharap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersedia mengadakan perbincangan bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

“Perbincangan seperti ini penting agar mereka boleh faham tentang undang-undang SOSMA ini.

“Sekiranya ada pihak yang inginkan penjelasan yang tepat kita akan bagi penerangannya dan sekiranya ada yang mahu berbincang, kita bersedia untuk mendengar pandangan daripada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan Naib Presiden Muda, Zaidel Baharudin yang meminta agar kerajaan menyemak semula akta tersebut dan tampil dengan undang-undang baharu yang lebih baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI