fbpx

Kecewa pawagam lebih utamakan filem luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang dikongsi di Facebook Ajar hari ini.

PETALING JAYA – Melalui satu perkongsian di laman sosial Facebook terkenal, Ajar berkongsikan kekecewaan seorang penonton berkenaan sikap pawagam tempatan yang lebih memberi keutamaan kepada filem luar negara berbanding filem tempatan.

Perkongsian tersebut yang memetik satu status dari Facebook Nizam Abd Razak menjelaskan, ramai kecewa dengan tindakan tersebut apabila mendapati tiada tayangan bagi filem animasi terbaharu tempatan Mechamato Movie pada waktu malam.

Jelas penulisan tersebut, hanya filem terbaharu Avatar menjadi keutamaan di pawagam-pawagam tempatan ketika ini.

“Rabu malam saya sempat meninjau keadaan di pawagam sebelum bertolak ke Umrah. Tayangan Mechamato Movie tiada waktu malam. Hanya Avatar sahaja yang ada. Memang banyak show untuk Avatar.

“Ada tiga ke empat keluarga. Anak-anak sebut Mechamato berulang kali tetapi disebabkan tiada pilihan, mereka pilih Avatar. ‘Opportunity loss’ dan saya rasa peluang untuk keluarga tersebut pergi menonton Mechamato Movie agak tipis.

“Bukan murah untuk tempah tiket untuk keluarga seramai lima ke tujuh orang.

“Saya berharap filem tempatan diberikan peluang. Bukan tiada permintaan, kami hanya perlu diberi peluang sama rata untuk bersaing,” jelas perkongsian tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI