fbpx

Tanah runtuh: Pengusaha tapak perkhemahan beroperasi tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tanah runtuh dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, hari ini. -Foto TWITTER PINTAS UTAMA

HULU SELANGOR -Tiga tapak perkhemahan yang terlibat tragedi tanah runtuh disahkan beroperasi tanpa lesen oleh sebuah syarikat yang sama di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, di sini, awal pagi tadi.

Menteri Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, syarikat tersebut didapati tidak mempunyai lesen beroperasi sebagai tapak perkhemahan daripada Majlis Pembandaran Hulu Selangor (MPHS).

Jelasnya, pengusaha tersebut secara tidak langsung telah melanggar kesalahan Akta 133, Seksyen 70 Perparitan dan Bangunan.

Kata beliau, tragedi ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memaklumkan perkara ini kepadanya dan beliau dijangka akan tiba selepas Isyak.

“Setakat ini, perkara yang penting adalah memastikan menyelamatkan sebanyak mana nyawa yang boleh.

“Ada lagi 17 mangsa hilang dan tidak dapat dikesan, operasi ini akan diteruskan sehingga kita jumpa mangsa yang tertimbus dan berharap mereka selamat,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam pada itu, Kor Ming menjelaskan, amaran sudah dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) berkenaan Monsun Timur Laut dan Hujan Lebat akan berlaku selama lima hari bermula esok.

“Saya mengharapkan semua rakyat Malaysia menjauhi diri dari kawasan berisiko tinggi seperti sungai, air terjun yang deras, serta cerun bukit yang tinggi bagi elak perkara tidak diingini,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI