fbpx

Tanah runtuh: Kaki cerun lemah punca runtuhan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di pusat operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

HULU SELANGOR – Kaki cerun yang lemah dipercayai punca kejadian runtuhan tanah di tiga tapak perkemahan di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, sepanjang jalan di lokasi kejadian tiada tanda runtuhan cerun akan berlaku, kemungkinan ada kerja yang dibuat di kaki cerun dan siasatan forensik akan dibuat.

Runtuhan itu membabitkan keluasan keseluruhan 225,000 meter padu (m³) membabitkan anggaran tanah runtuh sebanyak 500,000 tan dengan ketinggian 30 meter (m), manakala jarak sejauh 150m dan lebar 100m.

EXCO Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim berkata, siasatan awal mendapati tiada tanda awal runtuhan dikenal pasti, selain memaklumkan keadaan cerun adalah landai dan memenuhi kriteria cerun selamat.

Jelasnya, cerapan taburan hujan di sekitar lokasi kejadian turut merekodkan tiada insiden hujan luar biasa sejak kelmarin, selain menjelaskan tiada sejarah kejadian runtuhan tanah berlaku di kawasan sekitar.

“Semua lokasi aktiviti riadah sekitar Batang Kali akan ditutup kepada umum sehingga suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

“Siasatan awal turut mendapati tapak perkemahan mempunyai kebenaran merancang.

“Kebimbangan ketika ini adalah tahap kerosakan cerun dengan kerja menstabilkan struktur akan dibuat segera sejurus operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa selesai,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Izham berkata, tiada pergerakan air bawah tanah di bahagian muka dan badan cerun dengan aktiviti berkenaan hanya dikenal pasti di kaki cerun sahaja. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI