fbpx

LHDN naik taraf sistem, sistem pembayaran tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebagai usaha meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sedang dalam proses menaik taraf sistem dalaman yang dijangka selesai sepenuhnya pada 1 Januari nanti.

LHDN melalui satu kenyataan berkata, bagi kelancaran proses tersebut beberapa saluran bayaran akan ditutup buat sementara waktu.

“Antaranya bagi bayaran di Kaunter Pusat Bayaran dan Terminal Kad Kredit/Debit di Kaunter Pusat Bayaran LHDN seluruh negara adalah pada 30 Disember 2022.

“Bayaran melalui FPX-ByrHASiL dan Sistem e-TT tarikh akhir adalah pada 28 Disember 2022 (Rabu). Ditutup bermula 29 Disember 2022, pukul 12.01 pagi,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Namun begitu, bagi pembayaran melalui di bank komersial yang dilantik oleh LHDN dan bayaran di kaunter Pos Malaysia adalah tidak terlibay sama sekali.

Tambah kenyataan tersebut, perkhidmatan FPX-ByrHASiL yang ditutup sementara akan mula dibuka semula pada 1 Januari, manakala bayaran menggunakan Nombor VA melalui janaan di Sistem e-TT hanya boleh dibuat bermula 3 Januari 2023 pukul 8.00 pagi.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; serta Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI