fbpx

[VIDEO] Tukang masak pengotor, biar budak kencing di lantai dapur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang kanak-kanak membuang air kecil di lantai dapur sebuah kedai makan.

PETALING JAYA – Sejak kelmarin, tular video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki membuang air kecil di lantai dapur sebuah kedai makan mengundang kecaman orang ramai.

Lebih menambah kemarahan, apabila terdapat seorang lelaki dan wanita yang turut berada di ruang dapur berkenaan tidak melarang dan membiarkan sahaja kanak-kanak itu berbuat demikian.

Menerusi perkongsian Malaysia Most Virall di Twitter hari ini, wanita yang juga tukang masak dilihat sedang menyiapkan masakan pesanan pelanggan sebelum didatangi kanak-kanak tersebut yang mahu membuang air kecil.

Video berdurasi hampir dua minit itu turut memaparkan tindakan kanak-kanak tersebut membuka seluar dan menghala kemaluannya ke bawah sinki sambil diperhatikan oleh wanita berkenaan.

Sebaik saja selesai, tukang masak itu mengelap kemaluan kanak-kanak tersebut menggunakan jari dan dibasuh (sekali celup) dalam bekas air di sinki.

Menimbul kecaman, apabila dengan tangan yang sama, wanita itu menyentuh dan memindahkan masakan ke dalam pinggan pelanggan.

Dia sekali lagi dilihat mengambil senduk memasak dan dicelup ke dalam air yang sama ketika membasuh tangannya tadi, lalu digaul pada masakan lain.

Menurut komen seorang pengguna, kedai makan tersebut terletak berdekatan dengan premis H&M di Jalan Seri Warisan 2, Pekan Kota Tinggi.

Rata-rata orang ramai menyifatkan tindakan tersebut biadab kerana memberi kesan kepada kebersihan makanan yang dijual kepada pelanggan.

“Pelaris ke apa tu? dekat situ masak, dekat situ tempat kau buang. Terus nak termuntah,” ciap Siti Aisyah.

“Tempat masak awak buat tempat kencing berak. Macam mana la awak bagi orang makan, kembang tekak. Tak baik buat macam itu, tempat mencari rezeki buat begitu,” kata Norfazilla. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI