fbpx

Tanah runtuh: 9 termasuk kanak-kanak maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa yang disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali awal pagi tadi.

HULU SELANGOR – Sembilan orang temasuk kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di kawasan perkhemahan di Batang Kali, di sini, awal pagi tadi.

Setakat ini, berbaki 25 lima mangsa masih dalam operasi mencari dan menyelamat daripada 94 mangsa yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kejadian tersebut sekitar pukul 2.30 pagi bersama bomba untuk dapatkan penilaian di lokasi kejadian.

Jelasnya, setakat pukul 4 pagi, seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan 23 mangsa berjaya dikeluarkan.

“Siasatan awal mendapati antara kejadian berlaku di tiga lokasi berasingan di kawasan yang sama River Hilltop, Farm View, dan Riverside.

“Tiga kawasan tersebut dimasuki pengunjung tiga hari lepas bagi menjalani aktiviti perkhemahan sebelum perkara malang itu berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian.

Suffian berkata, setakat pukul 11 pagi tadi, pihaknya mengesahkan seramai 94 mangsa terlibat dalam kejadian itu.

“Seramai 53 mangsa telah diselamatkan, 7 orang telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Sungai Buloh kerana mengalami kecederaan dan 9 disahkan meninggal dunia.

“Setakat ini usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan dengan berkekuatan 394 anggota melibatkan 15 agensi berasingan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI