fbpx

Polis nafi beri kebenaran anjur perhimpunan tuntut KWSP 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan kononnya pihaknya telah memberi kebenaran terhadap satu perhimpunan menuntut pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0 yang bakal diadakan di pintu masuk Parlimen pada Isnin hadapan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, setakat ini, pihak polis tidak memberikan sebarang persetujuan atau kebenaran terhadap perhimpunan tersebut.

“Pihak polis juga tidak menerima sebarang permohonan bagi mengadakan apa-apa perhimpunan solidariti sepertimana yang yang diperuntukan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihaknya turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan tindakan akan diambil kepada mana-mana individu yang ingkar.

Terdahulu, menerusi hantaran di Facebook, Azmie Bugi-AB, dia memaklumkan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) Malaysia akan menganjurkan perhimpunan solidariti sokongan tuntutan KWSP bersasar 2.0 di luar pekarangan Parlimen pada 19 Disember ini.

Katanya, matlamat solidariti tersebut adalah untuk menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan wakil-wakil rakyat mendengar luahan rakyat negara ini yang terkesan dengan kos sara hidup.

“Rakyat sangat tertekan, terhimpit dan terkesan serta mahukan pengeluaran KWSP bersasar ini diluluskan dengn kadar segera.

“Pihak PGIR telah memberi notis pemberitahuan kepada pihak polis bagi tujuan ini, semoga dengan pelan tindakan ini dapat menguatkan lagi usaha tuntutan dan dibahas di Dewan Rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI