fbpx

Tanah runtuh: Laluan disekat, hanya kenderaan pihak berkuasa dibenarkan masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan di Batang Kali- Genting KM15 ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan awam, Father Organic Farm, disini, awal pagi tadi.

HULU SELANGOR- Laluan Batang Kali- Genting KM15 ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, di sini, awal pagi tadi.

Kelihatan orang awam yang bekerja di Genting Highlands, Pahang, telah tersekat di laluan ini sejak pukul 5 pagi tadi lagi, selain kenderaan lain juga perlu berpatah balik berikutan jalan yang ditutup.

Selain itu, beberapa kenderaan ambulans dan pihak berkuasa lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kerja Raya dilihat memasuki tempat kejadian.

Beberapa pengamal media juga kelihatan berkumpul di laluan ini, disebabkan tidak dapat memasuki kawasan kejadian.

Laporan lanjut menyusul kemudian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI