PETALING JAYA – Cuaca yang baik dan cerah dilihat di negeri-negeri Semenanjung pada pagi ini.
Ia berikutan tiada sebarang laporan cuaca buruk dikeluarkan melibatkan kawasan-kawasan berkenaan setakat pukul 8.20 pagi.
Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak sehingga pukul 10 pagi nanti.
Antara kawasan terlibat adalah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).
Sehubungan itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir sebagai peringatan kepada penduduk di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE