fbpx

69 individu dikhuatiri tertimbus tanah runtuh di tapak perkhemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa yang berjaya diselamatkan. - Foto JBPM

KUALA LUMPUR – Kira-kira 69 individu dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal komander operasi, kejadian tanah runtuh itu berlaku di tepi jalan berhampiran ‘Father’s Organic Farm’ dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berhampiran dengan jalan.

“Dianggarkan ketinggian setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuh satu ekar. Maklumat awal pihak polis mendapati terdapat 100 orang di tapak perkhemahan tersebut yang mungkin menjadi mangsa runtuhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, setakat pukul 5.30 pagi tadi, seramai 31 mangsa telah ditemukan dalam keadaan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI