fbpx

Panel lain ganti Ridhuan Tee dalam Forum Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 malam ini.

PUTRAJAYA – Rancangan bual bicara keagamaan popular, Forum Perdana Ehwal Islam tidak dibatalkan malah masih bersiaran seperti biasa selepas slot Berita Perdana di TV1 sebentar tadi.

Bagaimanapun, salah seorang anggota panel program bicarawara tersebut, Dr. Ridhuan Tee Abdullah telah pun digantikan dengan pendakwah terkenal, Harryanto Rizal Rokman.

Perkembangan berkenaan sekali gus menafikan dakwaan yang tular sejak semalam kononnya rancangan tersebut pada malam ini terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

Perkara itu turut disahkan pendakwah mualaf ternama, Firdaus Wong Wai Hung menerusi laman sosial rasminya yang menjelaskan mengenai program berkenaan tetap diteruskan.

“Ridhuan sendiri mengesahkan kepada saya bahawa namanya memang telah dikeluarkan daripada rancangan ini dan sudah diganti dengan ahli panel yang lain pula,” nukil beliau.

Forum itu yang ke udara pada 9 malam tadi turut membariskan seorang lagi panel, Datuk Mohd. Kazim Elias dengan dua moderator terkenal, Ustaz Nabil Ahmad dan Rizal Ramli.

Semalam, tangkap layar perbualan ringkas oleh Ridhuan melalui aplikasi Whatsapp tular diperkatakan ramai pengguna platform Facebook yang turut berasa sedih dengan situasi berkenaan.

“Forum Perdana dibatalkan. Baru sahaja dapat notis daripada pihak RTM. Saya tidak dibenarkan keluar atas arahan menteri,” nukilnya dengan disertakan poster program tersebut.

Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu bagaimanapun tidak pula menjelaskan lebih lanjut manakala pihak RTM dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) tiada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI