fbpx

Tidak sombong, Faizal Hussein dipuji peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat Faizal ketika melayan peminatnya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Siapa yang tidak kenal dengan watak Roy melalui filem Gila-Gila Remaja lakonan anak primadona Mahyon Ismail, Faizal Hussein.

‘Roy Roy, hati kau keras’, merupakan dialog terkenal melalui filem era 80-an tersebut.

Bukan hanya hebat di layar perak, namun Faizal cukup terkenal dengan sikapnya yang mesra dengan sesiapa sahaja termasuk peminatnya sendiri.

Tidak pernah lekang dengan senyuman, anak lelaki pelakon vateran Allahyarham Hussein Abu Hassan itu kini dipuji orang ramai dengan sikap peramahnya.

Melalui satu perkongsian di media sosial, Faizal dilihat bersahaja ketika seorang peminatnya meminta izin untuk bergambar di sebuah pantai.

Malah Faizal yang tinggi lampai itu turut merendahkan tubuhnya semata-mata untuk mencantikkan gambar yang diambil.

Rata-rata orang ramai turut memuji pelakon berpengalaman itu dan ternyata ramai yang bersetuju dengan sikap ramah selebriti terkenal terbabit.

“Faizal memang sikap dia macam tu, tidak sama dengan pelakon-pelakon baru tetapi tidak dikenali. Sombong,” jelas Zqura Zura.

“”Aku pernah panggil Faizal ni dekat Klang dulu, tak sangka dia lambai balik dekat aku. Kita selalu tengok dia senyum,” jelas Marliana. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI