fbpx

Wanita 109 tahun jadi warga emas tertua di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARDZI menerima anugerah daripada Che Puan Muda Zaheeda pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, Hari Orang Kurang Upaya dan Hari Warga Emas Peringkat Kedah 2022 di Alor Setar kelmarin.

ALOR SETAR – Nenek kepada 30 orang cucu, Mardzi Abu Bakar yang berusia 109 tahun diiktiraf sebagai warga emas paling tua di Kedah sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, Orang
Kelainan Upaya dan Warga Emas peringkat negeri di sini kelmarin.

Mardzi yang berasal dari Kampung Haji Kudong, Sungai Petani dekat sini menerima Anugerah Khas susulan pengiktirafan itu yang disampaikan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Menurut Mardzi, rasa sangat bertuah apabila dipilih menerima anugerah tersebut.

“Saya tidak mempunyai sebarang penyakit selain tidak ada sebarang petua khusus, namun mengamalkan pemakanan orang dulu-dulu seperti masakan rebus dan mentah seperti ulam-ulaman,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Menyentuh tentang pendidikan anak-anaknya, katanya, beliau dan arwah suami, Marzoki Hashim membesarkan enam anak mereka secara sederhana.

“Saya juga selalu mengingatkan mereka supaya sentiasa tahu asal usul bahawa kita orang susah dan mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.

“Alhamdulillah semua anak berjaya dalam hidup mereka dan mempunyai kerjaya masing-ma­sing walaupun saya dan arwah suami tak pergi ke sekolah,” ujarnya.

Beliau pada masa sama turut berkongsi pengalamannya yang terpaksa menyembunyikan anak perempuannya di bawah timbunan sabut kelapa ketika perkampungan mereka diserang tentera Jepun.

Katanya, penduduk kampung ketika itu sentiasa berada dalam ketakutan pada era pemerintahan Jepun pada tahun 40-an.

“Hidup zaman Jepun sentiasa menakutkan terutama bila mereka masuk kampung kami terpaksa menyembunyikan diri termasuk anak-anak. Anak pe­rempuan, Fatimah (kini berusia 69 tahun) masih kecil lagi dan terpaksa sembunyi takut tentera Jepun ambil,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI