fbpx

Roy King sasar layak ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROY KING dan pasangannya, Valeree percaya mereka memiliki kelebihan untuk menewaskan gandingan profesional, Ng Eng Cheong-Teoh Le Xuan pada IC Malaysia di Ipoh hari ini.

BEREGU campuran negara, Yap Roy King-Valeree Siow akan meneruskan kemaraan pada kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa (IC) Malaysia di Ipoh, Perak selepas berjaya memastikan tempat ke pusingan suku akhir.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Arena Badminton Perak semalam, Roy King-Valeree tidak berdepan banyak masalah apabila mudah menundukkan beregu remaja, Lok Hong Quan-Gobi Vannee 21-12, 21-7.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, pasangan yang baru sahaja digandingkan itu nyata menggunakan pengalaman serta kepakaran dimiliki bagi menampilkan aksi terbaik pada perlawanan itu.

“Pada perlawanan hari ini (semalam), kita tidak fikir banyak kerana turun bertemu pemain junior. Kami hanya fokus untuk keluarkan permainan sendiri dan ia berhasil untuk kami menang ke atas mereka.

“Selain itu, faktor pengalaman juga lebih memihak kepada kami kerana sudah menyertai ba­nyak kejohanan sebelum ini. Oleh itu, kami dapat bermain dalam keadaan lebih tenang,” kata Roy King ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Walaupun diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan, namun pemain berusia 21 tahun itu tidak meletakkan sasaran tinggi, sebaliknya mahu melangkah sekurang-kurangnya ke pusingan separuh akhir.

Menjelang aksi suku akhir yang dijadualkan berlangsung hari ini, Roy King percaya serta yakin mereka memiliki kelebihan untuk menewaskan gandingan profesional, Ng Eng Cheong-Teoh Le Xuan.

“Sebenarnya saya tidak tengok sangat kepada faktor pemain pilihan kerana pemain-pemain senior juga ada di sini. Secara peribadi, saya fikir kami ada peluang untuk melangkah ke pusi­ngan separuh akhir,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI