fbpx

Verstappen sukar turuti jejak Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN menjangkakan Red Bull tidak akan mampu untuk bergelar sebagai juara dunia bagi tempoh lama kerana kesan beberapa peraturan baharu diperkenalkan. - RED BULL RACING

AMSTERDAM – Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen menegaskan, dia mungkin tidak dapat mengikut jejak langkah Lewis Hamilton yang mampu bergelar sebagai juara dunia untuk tempoh lama.

Pelumba berusia 25 tahun itu berkata demikian selepas beberapa peraturan baharu yang diperkenalkan mungkin memberi kesan negatif kepada pa­sukan-pasukan teratas kerana tempoh ujian jentera ditentukan berdasarkan kedudukan pengeluar bagi musim 2022.

Selain itu, peraturan had kos yang diperkenalkan pada 2021 turut menghalang pasukan se­perti Red Bull dan Mercedes berada satu tahap lebih baik berbanding pasukan lain.

“Pasukan-pasukan lain tidak bodoh. Dengan pengenalan beberapa peraturan baharu yang lebih ketat berbanding sebelum ini, saya percaya jurang perbezaan setiap pasukan tidak akan terlalu ketara.

“Semua pasukan pastinya memiliki idea masing-masing untuk bergerak ke depan, jadi saya jangka ada perubahan kecil nanti. Sudah tentu saya mengharapkan Red Bull terus menjadi pasukan pendahulu,” katanya.

Untuk rekod, Verstappen memenangi 15 perlumbaan pada saingan 2022, sekali gus memperbaharui rekod 13 kemenangan yang dikongsi Sebastian Vettel bersama legenda sukan permotoran itu, Michael Schumacher.

Ketika Red Bull sedang mencongak untuk mendominasi saingan 2023, namun perancangan itu terganggu apabila tempoh ujian terowong mereka dikurangkan 10 peratus sebagai denda melanggar had kos 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN