fbpx

Wanita berbikini rompak rumah, kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dirakam memanjat pagar sebuah kedai sebelum melarikan diri. – NBT North

BANGKOK – Seorang pencuri wanita yang hanya memakai bikini ditahan selepas memecah masuk sebuah rumah dan kedai pembekal bahan binaan di ­Chiang Mai, Thailand, lapor portal berita Thaiger kelmarin.

Ketika kejadian, suspek berjaya melarikan wang tunai, te­lefon pintar jenama iPhone dan beberapa barangan lain.

Pemilik kedai itu memuat naik rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi keja­dian di laman Facebook baru-baru ini.

Rakaman itu menunjukkan pencuri wanita tersebut memanjat pagar setinggi tiga meter di belakang kedai dan cuba membuka pintu, namun dia berputus asa selepas gagal membukanya selama 30 minit.

Dia kemudian memanjat semula pagar dan melarikan diri, manakala kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu pada pukul 6 petang (waktu tempatan).

Pemilik kedai berkata, dia terkejut kerana wanita itu berani melakukan jenayah pada waktu petang disebabkan kawasan berhampiran yang sentiasa sesak dengan penjual dan para pe­ngunjung.

Dalam kejadian berasingan pada hari sama, wanita tersebut turut cuba memecah masuk sebuah rumah di Chiang Mai.

Rakaman CCTV berhampiran lokasi kejadian itu merakamkan aksi suspek bersama barangan curi.

Dia memanjat bumbung, terjun ke dalam parit dan melarikan diri dengan membawa telefon, jam tangan, wang sebanyak 1,000 baht (RM126), alat pengencas dan beberapa helai pakaian dalam.

Pegawai-pegawai dari Balai Polis Chang Phueak memeriksa kamera keselamatan di sepanjang laluan iaitu tempat wanita itu melarikan diri.

Mereka kemudian melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan mengesan cap jari suspek sebelum wanita tersebut berjaya ditangkap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI