fbpx

Jakarta tidak jadi lelong Kepulauan Widi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Indonesia membatalkan hasratnya melelong Kepulauan Widi di Maluku Utara. - Hamid Ode/Travelingyuk

JAKARTA – Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia Mahfud MD kelmarin menyatakan Jakarta tidak akan melelong Kepulauan Widi di Halmahera Selatan, Maluku Utara.

Menurut portal berita Tempo.com semalam, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan secara rasmi membatalkan Perjanjian Perfahaman (MoU) dengan syarikat PT Leadership Islands Indonesia untuk menguruskan kepulauan tersebut. 

Kelompok pulau itu, menurut laporan sebelum ini telah ditawarkan di laman web lelongan antarabangsa namun kerajaan telah membatalkan MoU itu kerana menganggap peruntukannya melanggar undang-undang negara.

“Kerajaan akan menggugurkan MoU itu kerana kandungannya mahupun prosedurnya tidak mengikut mana-mana undang-undang sedia ada,” kata Mahfud dalam sidang media pada 14 Disember lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI