fbpx

Bekas ratu cantik Croatia terima lamaran berkahwin daripada pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ivana Knoll - AFP

DOHA – Bekas Miss Croatia, Ivana Knoll telah menerima lamaran perkahwinan dan mesej menarik daripada pemain yang meminta untuk bertemunya pada kejohanan bola sepak Piala Dunia di Qatar, menurut laporan portal berita Daily Star semalam.

Wanita cantik berusia 26 tahun tersebut mengecapi kemasyhuran di seluruh dunia semasa kejohanan tersebut berlangsung yang mana pasukan kesayangannya itu tewas kepada Argentina dengan keputusan 0-3 di peringkat separuh akhir pada Rabu lalu.

Knoll yang kini mempunyai 2.8 juta pengikut Instagram menarik perhatian pada bulan lalu kerana pakaiannya yang tidak senonoh dan tidak mematuhi kod pakaian konservatif Qatar.

Bagaimanapun, wanita berkenaan mendedahkan beberapa mesej yang diterima semasa Piala Dunia berlangsung adalah daripada pemain bola sepak yang bermain di kejohanan tersebut yang meminta untuk bertemu dengan bekas ratu cantik itu.

“Saya tidak berminat untuk berjumpa dengan sesiapa di sini. Niat saya adalah untuk membuat orang tersenyum, itu sahaja,” katanya seperti dilaporkan oleh Daily Mail. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI