fbpx

Banjir: Dua PPS di Kota Tinggi ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROHANIZA EDIN mengasingkan barangan yang terjejas akibat banjir melanda di luar rumahnya di Jalan Balau, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor hari ini.

KOTA TINGGI – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini yang dibuka pagi semalam ditutup tengah hari, hari ini.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil berkata, PPS berkenaan iaitu di Dewan Muafakat Taman Desaru Utama (TDU) dan Dewan Kampung Baru Sungai Mas telah ditutup secara rasmi pukul 1.30 tengah hari selepas dibuka pukul 9.30 pagi semalam.

Katanya, meskipun kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing namun penduduk diingatkan tidak leka dengan keadaan cuaca sekarang.

“Saya mohon agar masyarakat sentiasa peka dengan perubahan sosial, sentiasa semak ramalan cuaca dah kenaikan paras air di media- media sosial yang berkaitan.

“Sekiranya berlaku banjir, pastikan anak-anak tidak bermain air banjir serta segera pindah jika di arahkan oleh pihak berkuasa,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 26 mangsa daripada 7 keluarga ditempatkan di PPS Kampung Baru Sungai Mas manakala 62 keluarga dari 20 keluarga pula ditempatkan di PPS TDU semalam.

Kedua-dua PPS berkenaan dibuka selepas hujan lebat berterusan selama lima jam melanda daerah ini sehingga menyebabkan kediaman penduduk dilanda banjir.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI