fbpx

Lebih 204 juta akan membuang undi di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan beberapa penduduk membuang undi di sebuah daerah di Indonesia. – AFP

JAKARTA – Kementerian Dalam Negeri secara rasmi menyerahkan Senarai Pemilih Berpotensi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) bagi pilihan raya 2024 di Indonesia, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Dalam senarai tersebut, jumlah penduduk yang dicatatkan ialah 204,656,053 orang dan data itu akan digunakan untuk menentukan jumlah pengundi pada pilihan raya 2024.

“Kementerian Dalam Negeri menyerahkan senarai pemilih pada tahun 2024 kepada KPU dengan jumlah 204,656,053 orang yang terdiri daripada 102,181,591 lelaki dan 102,474,462 wanita meliputi 38 wilayah,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, John Wempi Wetipo di Pejabat KPU, Jakarta kelmarin.

Wempi berkata, jumlah penduduk itu dikumpulkan melalui data semester 1 untuk tahun 2022 yang telah disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri itu.

“Data dikumpul melalui sistem maklumat pentadbiran kependudukan dan diperkukuhkan melalui proses perekodan e-KTP (kad pengenalan eletronik) serta dikemas kini mengikut jumlah penduduk sehingga Disember ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Luar turut menyerahkan senarai pemilih berpotensi kepada KPU dengan data yang dikemukakan berjumlah 1,806,714 orang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI