fbpx

Isteri tanggung belanja rumah, suami ‘goyang kaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pendapatan bawah RM2,000, namun si isteri terpaksa menanggung segala-gala perbelanjaan termasuk makan, minum, barangan rumah selain keperluan untuk dua anak.

Si suami pula tidak ambil tahu sekali gus gagal menjalankan tanggungjawab memberi nafkah dan perbelanjaan untuk isi rumah dan keluarga.

Itu ujian kehidupan rumah tangga dihadapi seorang wanita yang terpaksa menanggung segala perbelanjaan biarpun pendapatan diterimanya juga tidak seberapa seperti yang diluahkan menerusi Facebook Luahan Hati Seorang Isteri.

“Mengandung kita tanggung, perbelanjaan barangan kelahiran bayi sendiri yang tanggung. Bersalin hospital sendiri tanggung, malah anak masuk wad juga sendiri tanggung.

“Perbelanjaan makan dan kegunaan asas dalam rumah juga sendiri tanggung. Gaji kita ini setakat bawah RM2,000 nak tanggung anak dua orang. Sampai untuk diri sendiri pun terpaksa berkira sebab tak ada duit pusing dah,” katanya dalam hantaran itu.

Dalam pada itu, wanita tersebut meluahkan rasa hatinya apabila dilihat seolah-olah tidak dihargai si suami.

“Tak cukup sabarkah aku ini. Tak cukup lagi ke orang nak pandang, nak hargai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI