fbpx

Bidadari Ebit Lew keguguran anak kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik Ebit Lew di akaun Instagramnya.

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew, berkongsi berita sedih isterinya mengalami keguguran anak kelima, hari ini.

Di dalam hantaran Instagram Ebit Lew, menunjukkan dirinya menolak kerusi roda isterinya selepas menerima rawatan di sebuah hospital.

“Doakan ya bidadari saya cepat sihat, dia baru sahaja keguguran. Insha Allah bidadariku sayang, Allah uji sebab Dia sayang.

“Betapa mulia dan tinggi seorang isteri. Hanya Allah yang layak membalas segala pengorbananmu. Sayang awak, bidadariku,” tulis Ebit Lew dalam kapsyennya.

Di ruangan komen, ramai peminat dan pengikut Ebit Lew mendoakan agar isterinya diberikan kesembuhan, serta dipermudahkan segala urusan buat pasangan suami ister itu.

“Moga diberikan kesabaran serta ketabahan yang kuat buat ustaz dan isteri,” komen seorang netizen.

“Syafakillah, semoga sentiasa dalam keadaan sihat bidadari ustaz,” komen seorang netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI